Isnin, 16 Mei 2016

PETUA SENANG CARA HILANGKAN PARUT JERAWAT DI MUKA


JERAWAT BUKAN HANYA PADA ANAK REMAJA SAHAJA. 

ORANG YANG SUDAH BERKAHWIN, MALAHAN SUDAH ADA ANAK MASIH LAGI MUKANYA DIHINGGAPI JERAWAT.

TENTU SEKALI PIPI TIDAK LICIN DAN TIDAK MENARIK. 

MARI KITA LIHAT APA CARA HILANGKAN JERAWAT YANG EFEKTIF.


1. KULIT KAYU MANIS DAN BEDAK SEJUK

SEDIAKAN DUA BATANG KULIT KAYU MANIS DAN SEGENGGAM BEDAK SEJUK. 

TUMBUK KULIT KAYU MANIS HINGGA MENJADI SERBUK HALUS. 

KEMUDIAN, CAMPUR SERBUK KAYU MANIS ITU DENGAN BEDAK SEJUK. 
JANGAN LUPA UNTUK TAMBAH AIR.

BILA SUDAH SIAP, LUMURKAN PADA TEMPAT PARUT PADA WAJAH. 

LAKUKAN SEKERAP MUNGKIN. LAMA-KELAMAAN PARUT AKAN PUDAR DAN HILANG. 

PETUA INI JUGA DIKATAKAN SESUAI UNTUK HILANGKAN BINTIK HITAM PADA MUKA KITA.


2. MADU

MADU IALAH PENYELESAIAN SEMULA JADI YANG AMAT BAGUS UNTUK MENGHILANGKAN JERAWAT DAN MENGURANGKAN KESAN MERAH YANG DITINGGALKAN. 

INI IALAH KERANA MADU MENGANDUNGI CIRI-CIRI ANTI BAKTERIA DAN MEMBANTU MELEGAKAN KULIT DAN MENGURANGKAN KERADANGAN. 

MADU MANUKA ATAU MENTAH ADALAH YANG PALING BERKESAN. IA BOLEH DISAPUKAN TERUS KE BAHAGIAN KULIT BERPARUT, MENGGUNAKAN PUTIK KAPAS.

MADU IALAH PILIHAN YANG BAGUS BAGI MEREKA YANG BERKULIT SENSITIF KERANA MADU TIDAK MERENGSAKAN KULIT DAN AKAN MELEMBAPKAN KULIT ANDA DAN TIDAK MENGERINGKANNYA, TIDAK SEPERTI JENIS RAWATAN YANG LAIN.


3. POKOK ALOE VERA

POKOK ALOE VERA IALAH BAHAN SEMULA JADI YANG MELEGAKAN YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MELEGAKAN BANYAK JENIS KESAKITAN, SEPERTI LUKA MELECUR, LUKA BERDARAH MAHUPUN PARUT JERAWAT. 

ALOE VERA MEMBANTU MEMPERMUDA DAN MELEMBAPKAN KULIT, MENGGALAKKAN PARUT JERAWAT UNTUK PUDAR. 

ANDA BOLEH MEMBELI PRODUK ALOE VERA DI KEDAI UBAT TETAPI YANG PALING BAIK DILAKUKAN IALAH MEMBELI POKOK ALOE VERA DAN GUNAKAN SAP DARIPADA DAUNNYA YANG PATAH. 

 LAKUKAN TIGA KALI DALAM SEMINGGU. IN SYA ALLAH, PARUT AKAN HILANG.


4. ASAM JAWA

AMBIL SEDIKIT ASAM JAWA, KEMUDIAN RAMAS DENGAN MENCAMPURKAN SEDIKIT AIR. 

JANGAN TERLALU CAIR. 

SAPUKAN RAMUAN ASAM JAWA TUH PADA TEMPAT YANG BERPARUT. 

BIARKAN SEHINGGA KERING. 

SEELOK-ELOKNYA LAKUKAN PADA WAKTU MALAM SEBELUM TIDUR. 

IN SYA ALLAH, SETELAH BEBERAPA LAMA, PARUT MULAI PUDAR.


5. TIMUN

KISAR TIMUN DAN TAPISKAN AIRNYA. 

TAMPALKAN HAMPAS TIMUN PADA MUKA. 

BIARKAN SETENGAH JAM. 

KEMUDIAN CUCI BERSIH DENGAN AIR SUAM.

**timun yang sudah diblend**


7. DAUN SIRIH MUDA

TUMBUK SEPULUH HELAI DAUN SIRIH MUDA. 

TEMPELKAN PADA MUKA TERUTAMA PADA BEKAS JERAWAT. 

SETELAH KERING, CUCI MUKA DENGAN AIR BERSIH. 

AMALKAN TIGA KALI SEMINGGU.


ALTERNATIF LAIN

JIKA GUNA RAWATAN TRADISIONAL JUGA TIDAK MENJADI, BOLEH JUGA CUBA KAEDAH MODEN. 

RAWATAN SEMULAJADI MEMANG BAGUS, CUMA KESANNYA AGAK LAMA UNTUK DIREALISASIKAN. 

KAEDAH MODEN DAPAT MENGHILANGKAN BEKAS JERAWAT DENGAN CEPAT DAN MUDAH.

SELAMAT MENCUBA!!

**********
klik sini !! ada cerita lebih menarik !!

*************

Tiada ulasan: