SELEPAS MANDI, CUBA LIHAT DIRI SENDIRI DI DEPAN CERMIN. SUKA ATAU TIDAK? LEBIH-LEBIH LAGI JIKA PERUT BUNCIT SELEPAS BERSALIN, TENTU HILANG KEYAKINAN DIRI BILA LIHAT DIRI SENDIRI.
RAMAI DI ANTARA KITA MEMPUNYAI MASALAH BERAT BADAN YANG BERLEBIHAN DAN MENURUT KAJIAN, MALAYSIA ADALAH DI ANTARA NEGARA YANG MEMPUNYAI RAKYAT YANG PALING OBES.
TIDAK DINAFIKAN TERDAPAT BANYAK CARA DAN TIPS UNTUK MENGURUSKAN BADAN DAN TELAH BERJAYA MELAKUKANNYA, TETAPI DI BAHAGIAN PERUT MASIH BOROI DAN MENGGELEBER. PERUT MENGGELEBER, TENTU SEKALI TIDAK SEKSI BUKAN?
MARI KITA LIHAT PELBAGAI CARA UNTUK KEMPISKAN PERUT SECARA SEMULAJADI. TENTU SEKALI SANGAT MUDAH. CEPAT ATAU LAMBAT, BERGANTUNG KEPADA TAHAP ISTIQAMAH KITA SENDIRI.
1. MINUM AIR MASAK YANG BANYAK.
APABILA TUBUH BADAN KITA MENERIMA SUMBER AIR YANG BANYAK, KEADAAN ITU AKAN MENCAIRKAN KUANTITI SODIUM DALAM TUBUH BADAN SEHINGGA MEMBOLEHKAN KUANTITI AIR YANG KELUAR DARI TUBUH BADAN JUGA MENINGKAT.
MENDAPATKAN JUMLAH AIR YANG BANYAK JUGA AKAN MENJAMINKAN FUNGSI HEMPEDU YANG LEBIH EFEKTIF SEWAKTU PROSES PEMBUANGAN AIR BERJALAN DENGAN LANCAR.
2. MINUM AIR LIMAU
KAEDAH YANG MEMANG TERBUKTI UNTUK KEMPISKAN PERUT SECARA SEMULAJADI ADALAH DENGAN MEMINUM AIR LIMAU SETIAP KALI ANDA BANGUN PAGI DAN JUGA SELEPAS MAKAN.
ISTILAH ‘POTONG LEMAK’ SELEPAS MAKAN MEMANG SELALU DIKAITKAN DENGAN AIR LIMAU.
IA BERTUJUAN UNTUK MENYAHTOKSIK HATI ANDA KERANA HATI YANG TIDAK CEKAP, AKAN MENYEBABKAN LEBIHAN LEMAK AKAN TERBENTUK DI BAHAGIAN PINGGANG ANDA. AIR LIMAU TERSEBUT BOLEH MEMBANTU UNTUK MENINGKATKAN ENZIM YANG MENYAHTOKSIK HATI ANDA SUPAYA IA BOLEH BERFUNGSI DENGAN ELOK.
UNTUK YANG TIDAK TAHU, BERPUASA IALAH SATU KAEDAH NYAHTOKSIK DAN TERBUKTI SEBAGAI SALAH SATU CARA KEMPISKAN PERUT YANG SANGAT BERKESAN.
3. MINUM TEH HALIA
KEBIASAANNYA HALIA DIAMBIL UNTUK MEMBUANG ANGIN DARI BADAN TETAPI SEBENARNYA IA JUGA BERKESAN UNTUK MEMBANTU PERCERNAAN SEMULAJADI BADAN DAN MERUPAKAN EJEN TERMOGENIK.
DENGAN MEMINUM TEH HALIA, IA DAPAT MENINGKATKAN SUHU BADAN DAN SETERUSNYA BERTINDAK UNTUK MEMBAKAR LEMAK DENGAN LEBIH EFISIEN, TERUTAMANYA DI BAHAGIAN PERUT.
HALIA JUGA DIKATAKAN MENYEKAT PENGELUARAN HORMON KORTISOL YANG DIPERLUKAN UNTUK MENYELARASKAN TENAGA DI DALAM BADAN.
CARA KEMPISKAN PERUT DENGAN MINUM TEH HALIA BOLEH DIBUAT DI RUMAH. MODAL JUGA RENDAH.
4. MAKAN PERLAHAN-LAHAN.
KETIKA MENJAMAH MAKANAN, KITA TIDAK DIGALAKKAN MAKAN DENGAN CEPAT KERANA UDARA AKAN TERKEPUNG DI DALAM USUS DAN SETERUSNYA MEMBENTUK GAS YANG MENGGALAKKAN PERUT MENJADI BUNCIT.
MAKANAN YANG TIDAK DIKUNYAH SEHINGGA KECIL JUGA TIDAK DAPAT DICERNA DENGAN SEMPURNA YANG SETERUSNYA MENYEBABKAN PROSES KEMBUNG PERUT BERLAKU.
5. KURANGKAN GARAM DALAM MAKANAN.
TERLALU BANYAK GARAM DALAM PROSES DIET AKAN MENAMBAH EKSTRAK SODIUM TERHADAP CAIRAN DALAM TUBUH DAN MELAMBATKAN MEKANISME PROSES PENGELUARAN AIR DARI SEL BADAN.
AKIBATNYA, PERUT AKAN MENJADI KEMBUNG DENGAN GAS-GAS YANG TERBENTUK.
6. KURANGKAN PENGAMBILAN GULA
SELALU KITA DENGAR, “MAMAK, TEH TARIK KURANG MANIS SATU!”.
NAMPAK, SEMUA ORANG TAHU KEBURUKAN GULA. BUKAN SAHAJA TIDAK ELOK, IA JUGAK BOLEH SEBABKAN DIABETES.
SECARA TRADISINYA, KITA SERING MENAMBAH GULA DI DALAM MINUMAN KITA. JIKA TIDAK, KITA BELI DAN MINUM AIR BERKARBONAT YANG PENUH DENGAN GULA.
SALAH SATU CARA KEMPISKAN PERUT DENGAN KAEDAH SEMULAJADI ADALAH DENGAN MENGURANGKAN ATAU TIDAK MENGAMBIL LANGSUNG GULA.
TUJUANNYA ADALAH UNTUK MENGEKALKAN TAHAP INSULIN PADA TAHAP YANG RENDAH PADA SETIAP MASA UNTUK MENINGKATKAN PENGHASILAN GLUCAGON, IAITU SEJENIS HORMON YANG DAPAT MENGEMPISKAN PERUT.
7. MAKAN MAKANAN YANG PENUH SERAT.
SERAT ADALAH ELEMEN YANG PENTING DALAM PIRAMID MAKANAN.
UNTUK MENGIMBANGI KUANTITI AIR DALAM TUBUH BADAN, AMALAN MEMAKAN SAYUR-SAYURAN HIJAU DAN BUAH-BUAHAN SEPERTI EPAL DAN PEAR DAPAT MEMBANTU DALAM PROSES PENJAGAAN INI.
8. KESAN PENGAMBILAN UBAT.
TERDAPAT JUGA KAJIAN YANG DILAKUKAN MENGATAKAN, PENGAMBILAN PELBAGAI JENIS UBAT-UBATAN MENJADI SALAH SATU PUNCA PERUT MENJADI BUNCIT.
SEBAGAI CONTOH, UBAT ASPIRIN YANG TERLALU KERAP DI AMBIL AKAN MENYEBABKAN TIMBULNYA PENYAKIT LAIN SEPERTI SEMBELIT.
9. HINDARI SEMBELIT.
SEMBELIT BERLAKU APABILA SESEORANG ITU MENGALAMI MASALAH DALAM PEMBUANGAN DAN HANYA MEMBUANG TIDAK LEBIH DARI TIGA KALI SEMINGGU.
SEBAGAI AKIBAT DARI PENYAKIT INI, PERUT AKAN MENGUMPUL GAS-GAS YANG BERLEBIHAN DAN MERANGSANG ISI PERUT MENGUMPUL LEMAK-LEMAK YANG BOLEH MENYEBABKAN KEKEMBUNGAN DAN BUNCIT.
OLEH ITU, PENGAMBILAN SERAT ADALAH DIGALAKKAN.
10. TIDUR SECUKUPNYA SEKURANG-KURANYA 6-8 JAM SEHARI
RAMAI ORANG MEMANDANG RENDAH BETAPA PENTINGNYA TIDUR YANG CUKUP IAITU 6-8 JAM SEHARI BAGI ORANG DEWASA UNTUK MEMBOLEHKAN SISTEM DALAMAN BADAN KITA MENDAPATKAN REHAT YANG SECUKUPNYA BAGI MENGGANTIKAN SEL-SEL BADAN YANG ROSAK ATAU LEMAH.
TIDUR YANG CUKUP JUGA MEMASTIKAN SISTEM SARAF, PENGELUARAN HORMON DAN METABOLISME ANDA BERADA DI TAHAP OPTIMUM DAN ANDA DAPAT LAKUKAN KERJA SEHARIAN DENGAN LEBIH BERTENAGA DAN OTAK ANDA JUGA BERFUNGSI DENGAN CERDAS.
11. TINGKATKAN METABOLISME
APA KAITAN CARA KEMPISKAN PERUT DENGAN METABOLISME?
BAGAIKAN TIADA KAITAN?
NANTI DAHULU. PERNAH TERFIKIR ATAU TIDAK, “KENAPA KAWAN AKU NI MAKAN BANYAK, TAPI TAK GEMUK GEMUK?”.
JAWAPANNYA IALAH, DIA MEMPUNYAI TAHAP METABOLISME YANG SANGAT TINGGI.
DALAM TIDUR PUN BOLEH BAKAR KALORI.
SERINGKALI ORANG YANG MEMPUNYAI METABOLISME YANG TINGGI ADALAH SEORANG YANG AKTIF DAN TIDAK BOLEH DUDUK DIAM.
KAJIAN JUGA MENDAPATI BAHAWA METABOLISME YANG TINGGI SECARA PASIFNYA AKAN MEMBAKAR LEBIH BANYAK KALORI BERBANDING MEREKA YANG MEMPUNYAI METABOLISME YANG RENDAH.
ANTARA CARA UNTUK MENINGKATKAN METABOLISME ADALAH DENGAN MENINGKATKAN PENGAMBILAN PROTEIN DENGAN MENGAMBIL SOYA, KACANG DAN DAGING TANPA LEMAK.
12. LAKUKAN SENAMAN ATAU BERSUKAN.
BERSUKAN SEBANYAK TIGA KALI SEMINGGU DAPAT MEMBANTU MENINGKATKAN KADAR METABOLISME DALAM TUBUH BADAN YANG BAGUS UNTUK PEMBAKARAN DAN PEMECAHAN LEMAK.
BERSUKAN AKAN MEMBANTU MENGGERAKKAN CAIRAN BERLEBIHAN DALAM PERUT DAN DIKELUARKAN DARI TUBUH BADAN SEBAGAI PELUH.
INI SETERUSNYA AKAN MENGEKALKAN BENTUK BADAN SESEORANG YANG SESUAI DENGAN KETINGGIAN DAN BERAT BADAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan